Sindrom carpal tunnel adalah dimana kita merasa kebas atau semut semut. Pernah tak korang experience keadaan macam ini? Contoh sedang buat sesuatu tiba-tiba tangan atau kaki kejang atau kebas.
Korang jangan panik, ini kemungkinan anda sedang mengalami sindrom carpel tunnel yang boleh menjejaskan kualiti hidup seharian. Kekebasan ini adalah masalah saraf yang berlaku akibat pergerakan yang berulang atau tekanan yang berpanjangan.
Kadang kadang kekejangan ini berlaku selepas bangun dari tidur kerana ‘sleeping position’ yang sama terlalu lama dan dikatakan postur tidur yang tidak sihat. Sesetengah orang mungkiin merasai kesakitan di bahagian yang rasa kebas.
Gejala seperti tangan lenguh dan sakit, rasa mencucuk cucuk di permukaan tangan, rasa kebad dan lemah adalah perkara yang biasa untuk sindrom carpal tunnel.
Carpel tunnel syndrome boleh dirawat dengan berehat seketika jika terlalu lama bekerja, ia akan mengurangkan ketidakselesaan Muskuloskeletal. Stretching seperti renggangan jari dan tangan akan melegakan Make sure’ posture akan betul ketika melakukan activity
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: hijabista