Tahun lalu, industri muzik K-Pop dikejutkan dengan kontroversi buli berkenaan bekas anggota AOA Jimin yang pernah membuli Mina. Menurut Mina yang meninggalkan AOA pada 2019, dia mendedahkan bahawa Jimin telah membulinya selama 10 tahun lamanya sepanjang tempoh dia bersama kumpulan tersebut.
Sejak tercetusnya kontroversi itu, berlaku perseteruan antara kedua-dua bekas anggota AOA ini yang mana Mina secara konsisten mengemas kini pengikutnya mengenai keadaan semasanya. Sementara itu, Jimin pula dilihat mendiamkan diri dari media sosial sejak kali terakhir memuat naik entri permohonan maaf di Instagram miliknya pada tahun lalu selain mengumumkan pengundurun dirinya dari industri hiburan.
Namun ternyata, perseteruan itu nampak masih belum berakhir kerana baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai Mina yang meninggalkan komen di Instagram Jimin, memintanya agar berhenti mengabaikan mesejnya.
Tulis Mina:
“Rasa bersalah? Anda menangis dan merayu dan menangis lagi? Anda dipenuhi dengan pembohongan. Sudah tentu, anda tidak akan memahami saya kerana anda membenci saya dan mengganggu saya tanpa sebab. Anda tidak berupaya untuk menjaga saya dengan baik? Anda hampir sahaja seperti kamera pengawasan saya? Anda hampir menjadi bayangan saya yang mengikuti saya untuk menemui kesalahan terkecil dalam diri saya. Tindakan dan kata-kata anda sama sekali berbeza. Lakonan anda adalah yang terbaik. Hubungi saya. Anda tahu nombor saya. Anda tidak menjawab tidak kira berapa kali saya menghubungi anda.”
Terdahulu, Mina pernah menyatakan bahawa dia tidak menerima permintaan maaf yang sebetulnya daripada Jimin dan memintanya untuk meminta maaf dengan tulus sementara Jimin pula mendakwa bahawa dia telah memohon maaf atas kesalahannya itu.
Sumber: [1]