Semakin Banyak Penggemar, Ini Uniknya Ikan Guppy

Semakin hari, semakin bertambah peminat ikan Guppy ni. Mungkin ramai yang tidak tahu, ikan kecil ini merupakan salah satu ikan paling eksotik. Bukan itu sahaja, ikan ini merupakan haiwan yang senang beradaptasi dan cepat membiak.

Satu ketika dulu, ikan ini dijual dengan harga yang tinggi. Nama ikan ini sebenarnya dipetik daripada nama sang penemu iaitu Robert John Lechmere Guppy.

Apa yang menariknya ialah ikan ini memilki kulit yang sangat tipis sehinggakan ketika ikan betina bunting kita dapat lihat mata anak ikan guppy dalam perutnya.

Ikan Guppy berupaya melahirkan 100 hingga 200 ekor anak dan disebabkan itu ikan ni mampu membiak dengan cepat.

Sumber Bobo.Id