Selfie Sunkiss Bahaya? Jom Baca Penjelasannya

Mengambil gambar selfie 'sunkiss' sudah menjadi trend masa kini. Hasil pancaran matahari pada wajah sememangnya menjadikan hasil gambar kita lebih menarik.

Menurut Harper's Bazaar berjemur dibawah matahari sebenarnya baik untuk kulit anda kerana penambahan vitamin D dari berjemur membawa manfaat kekebalan tubuh, meningkatkan tenaga, membuat tulang lebih kuat dan membuat hati kita lebih tenang.

Vitamin D membantu memberi jumlah kalsium dan  fostat yang sesuai pada tubuh anda sekali gus membuat  tulang, gigi, dan otot lebih kuat.

British Association of Dermatologists menyarankan agar semua orang harus menggunakan SPF minimal 30 dengan perlindungan UVA dan UBV.

Mereka turut menyarankan agar kita menggunakan SPF 30 minit sebelum terkena pancaran dan menambahkn semula 3 jam sekali.

Jadi untuk anda yang suka Sunkiss, pastikan anda memakai perlindungan SPF untuk mengelakkan anda berisiko terkena kanser kulit.

Sumber Entertaiment Times.