Selepas Yuna Dan Layla Sania, Kini Giliran Dolla Harumkan Nama Malaysia Di New York

Selepas Yuna dan Layla Sania, wajah kumpulan gadis Malaysia, iaitu Dolla pula menghiasi papan iklan digital di Times Square, New York, Amerika Syarikat, sebagai wakil penyanyi Malaysia dan Singapura bagi kempen EQUAL oleh Spotify.

selepas yuna dan layla sania, kini giliran dolla harumkan nama malaysia di new york

Coret salah seorang anggota Dolla, iaitu Tabby di Instagram peribadi miliknya, “Kami sangat bersyukur kerana dapat menjadi wakil Malaysia, dan tak pernah terbayang bahawa wajah saya akan disaksikan di seluruh dunia.”

Kumpulan Dolla terdiri daripada empat ahli iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.

selepas yuna dan layla sania, kini giliran dolla harumkan nama malaysia di new york

Mereka memulakan karier muzik sebagai sebuah kumpulan gadis pop pada 2020 menerusi single yang berjudul “Dolla Make You Wanna” yang telah ditonton jutaan pendengar muzik dari serata dunia.

Sejak mewarnai industri muzik, kumpulan ini sering disamakan dengan kumpulan gergasi K-Pop, iaitu BLACKPINK.

Dalam pada itu, Dolla yang menempa nama menerusi lagu “Impikan” bakal muncul dengan single terbaru mereka berjudul “Berani” pada 24 September ini.

 

Sumber: [1]