Selepas Jadi Angkawasan, Wanita Ini Menjadi Penyelam Titik Paling Dalam Dasar Laut Pula

selepas jadi angkawasan, wanita ini menjadi penyelam titik paling dalam dasar laut pula

Kathy Sullivan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama yang berjaya menyelam ke titik paling dalam di dasar laut atau lebih dikenali sebagai Challenger Deep yang terletak di Jurang Mariana di Lautan Pasifik.

Beliau yang merupakan bekas angkasawan dan ahli geologi yang pernah berkhidmat di NASA.

Untuk menjayakan misi itu, Sullivan perlu menyelam sehingga 35,000 kaki di bawah permukaan laut. Beliau yang berusia 68 tahun itu telah berjaya menyelesaikan misi itu dengan menggunakan kenderaan submersible DSV Limiting Factor (LF).

Bayangkan, pada kedalaman yang dijejak oleh Sullivan itu, penyelam perlu berhadapan dengan tekanan yang sangat besar, kegelapan yang melampau dan suhu yang mencecah paras beku. Hanya hidupan laut bersaiz mikroorganisma sahaja yang boleh hidup pada tahap itu.

"Sebagai ahli oseanografi dan angkasawan, ini adalah hari yang luar biasa, sekali seumur hidup, dapat melihat keadaan di Challenger Deep dan kemudian membandingkannya dengan nota dengan rakan-rakan di ISS mengenai kapal angkasa lepas yang boleh digunakan semula," kata Sullivan yang menghabiskan masa lebih sejam di situ.

Buat masa ini, Sullivan merupakan wanita pertama yang berjaya meneroka ruang titik dunia paling dalam dan tahun 1984 beliau dinamakan sebagai wanita pertama Amerikan Syarikat yang berjalan di ruang angkasa lepas.

Sumber: Astro Awani