Selepas (G)I-DLE, Cube Entertainment Perkenal Girl Group Terbaru Mereka

Syarikat hiburan popular Korea Selatan, Cube Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kumpulan gadis K-Pop terbaru mereka, LIGHTSUM.

selepas (g)i-dle, cube entertainment perkenal girl group terbaru mereka

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 15 April lalu, Cube Entertainment menjelaskan nama LIGHTSUM membawa maksud sekumpulan cahaya terang yang bersatu untuk menerangi kehidupan orang ramai.

Mereka juga mempunyai aspirasi agar kumpulan yang dianggotai lapan orang gadis muda itu akan menyampaikan lebih tenaga positif kepada orang ramai menerusi mesej harapan dan cahaya mereka.

selepas (g)i-dle, cube entertainment perkenal girl group terbaru mereka

Dalam pada itu, CUBE juga telah melancarkan animasi logo rasmi serta akaun media sosial untuk kumpulan tersebut.

LIGHTSUM terdiri daripada lapan orang ahli kumpulan iaitu Chowon, Jian, Juhyeon, Nayoung, Sangah serta Yujeong, Hina dan Huiyeon yang berperanan sebagai sub-vokal.

Kumpulan tersebut juga telah melancarkan saluran YouTube rasmi mereka dan mengalu-alukan peminat untuk mengikuti perjalanan mereka sebagai idola K-Pop yang baru sahaja bermula.

Menurut Cube Entertainment, LIGHTSUM bakal memulakan debut mereka menjelang awal pertengahan 2021 ini.

LIGHTSUM merupakan kumpulan gadis K-Pop terbaru keluaran syarikat tersebut selepas (G)I-DLE yang melancarkan debut mereka pada 2018.

 

Sumber: [1]