Selepas Dua Tahun Akhirnya Lelaki Ini Digelar Graduan Ninja Pertama Di Jepun

selepas dua tahun akhirnya lelaki ini digelar graduan ninja pertama di jepun

Ninja merupakan salah seorang hero dari Jepun. Kalau tengok dalam anime, ninja merupakah pahlawan yang mempunyai kelebihan seperti bergerak pantas dan berlari laju.

Seorang lelaki di Jepun telah berjaya menjadi ninja pertama di negara itu. Beliau menghabiskan masa selama dua tahun untuk belajar pelbagai seni mempertahankan diri.

Lelaki berusia 45 tahun dan dikenali sebagai Genishi Mitsuhashi telah menamatkan pengajian ninja di Universiti Mie. Kediaman tersebut merupakan tempat ninja semenjak dahulu lagi. Perkara ini telah dilaporkan oleh outlet The Japan Times.

Apa yang dipelajari oleh Mitsuhashi adalah teknik tepat sebagai seorang ninja. Beliau bekerja sebagai seorang petani pada waktu pagi dan sebelah petang beliau akan berlatih seni mempertahankan diri. Perkara ini sama seperti ninja pada zaman dahulu.

"Melalui gabungan itu, saya dapat mempelajari bagaimana menjadi seorang ninja sebenar," katanya.

Universiti Mie telah ditubuhkan pada 2017. Kini, institute tersebut membuka peluang kepada orang ramai untuk mengikuti kursus tersebut

Jadi, kalau korang nak jadi ninja, boleh lah pergi ke sini

Sumber: Sinar Harian