Selepas beberapa bulan tiada kes, China telah melaporkan 57 kes COVID-19 baharu. Angka tersebut merupakan jumlah tertinggi semenjak April yang lalu.
Perkara tersebut telah membuat dan menimbulkan kembimbangan akan penularan wabak tersebut.
Sebelum ini, wabak tersebut berjaya dihentikan penularannya selepas pihak kerajaan melaksanakan pelbagai sekatan cara besar-besaran. Bagaimanapun, penularan yang baharu ini dikaitkan dengan pasar borong daging yang terletak di selatan Beijing.
Selepas ujian besar-besaran dilakukan, pasar itu ditutup dan dikawal pihak polis serta tentera.
Sumber: Berita Harian