Selepas 24 Hari Berturut-Turut Tiada Kes, New Zealand Laporkan Dua Kes Baru COVID-19

selepas 24 hari berturut-turut tiada kes, new zealand laporkan dua kes baru covid-19

Baru-baru ini kerajaan New Zealand telah melonggarkan semua sekatan yang telah dikenakan ke atas sosial dan juga ekonomi negara itu selepas tiada kes baharu berkaitan COVID-19 selama 24 hari berturut-turut.

Bagaimanapun, pada hari Selasa yang lalu, mereka telah melaporkan dua kes baharu. Namun, kedua-dua kes itu adalah mereka yang pulang selepas melawat UK.

Perdana Menterinya, Jacinda Ardern telah mengeluarkan amaran bahawa kes baharu mungkin akan muncul apabila rakyatnya pulang ke negara itu.

Menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut, kedua-dua kes yang baharu ini merupakan keputusan daripada mereka yang travel ke UK. Pihak mereka akan menjelaskan dengan lebih terperinci dalam satu sidang media kelak.

New Zealand merupakan antara negara yang terawal membenarkan rakyatnya menjalani kehidupan seperti biasa. Sehingga hari ini, hanya terdapat 22 kes kematian melibatkan kematian itu.

Sumber: The Star