Selebriti Dan Atlet Terkenal Dunia Yang Didapati Positif COVID-19

selebriti dan atlet terkenal dunia yang didapati positif covid-19

Virus COVID-19 benar-benar menguji dunia. Sehingga hari ini lebih 26 juta kes positif telah dilaporkan di seluruh dunia dengan kematian sebanyak 867,347 kes.

Virus ini menyerang tidak kira siapa. Sebab itu juga lah banyak selebriti dan atlet terkenal pun didapati positif COVID-19. Jadi, jangan sangka orang yang aktif bersukan dan menjaga kesihatan tak kena tau.

So, ini antara selebriti dan atlet yang pernah positif dengan COVID-19:

 

1. Idris Elba

Pelakon dan ahli muzik British ini didapati positif COVID-19 pada 16 Mac. Beliau memaklumkan perkara tersebut melalui satu video pada media sosialnya. Walaupun tiada simptom namun pelakon itu tetap mengkuarantinkan dirinya.

2. Amitabh Bachan

Pelakon lagenda India ini didapati positif COVID-19 pada 11 Julai yang lalu. Beliau bersama anaknya Abhishek telah didapati positif dan ditempatkan di sebuah hospital di Mumbai.

3. Mariano Diaz

selebriti dan atlet terkenal dunia yang didapati positif covid-19

Pemain penyerang Real Madrid ini telah diuji positif COVID-19 pada 28 Julai yang lalu.

4. Novak Djokovic

selebriti dan atlet terkenal dunia yang didapati positif covid-19

Pemain tenis nombor satu dunia ini telah diserang dan didapati positif akan virus ini pada 23 Jun, sehari selepas tiga orang pemain tenis yang lain mengidap virus yang sama. Isteri kepada Djokovic juga turut didapati positif.

 

5. The Rock

Pelakon Jumanji ini telah memaklumkan bahawa beliau dan keluarganya telah didapati positif COVID-19. The Rock juga ada pesanan penting buat seluruh masyarkat dunia.

6. Robert Pattinson

selebriti dan atlet terkenal dunia yang didapati positif covid-19

Pelakon yang bakal memegang watak Batman ini pun turut didapati positif COVID-19. Disebabkan itu juga, pengambaran Batman terpaksa ditangguhkan buat seketika waktu seperti mana yang dilaporkan tabloid Variety.

Sumber: Al Jazeera