Selangor Mula Bangkit

Prestasi Selangor semakin baik pada 3 aksi terakhir Liga Super musim ini.

Skuad The Red Giants mengutip 7 daripada 9 mata untuk tamatkan saingan di kedudukan ke-5 liga.

selangor mula bangkit

Punya lah berubah corak permainan pasukan Selangor ni sampaikan bekas ketua jurulatihnya, B. athianathan jangkakan The Red Giants mampu layak ke final Piala Malaysia.

Kalau bekas ketua jurulatih pun puji ni maknanya apa?

Untuk pengetahuan korang, B. Sathianathan dipecat sebagai pengendali Selangor selepas diaibkan 6-1 oleh JDT.

Tapi sebelum kekalahan memalukan tu pun, prestasi Selangor memang tak berapa baik. Sebab nak jaringkan gol pun payah.

Sebagai King Of Malaya, Selangor cuma mampu jaringkan 10 gol dalam 8 perlawanan pertama liga musim ni. 

 

selangor mula bangkit

Selepas pemecatan Sathianathan, FA Selangor melantik Pengarah Teknikalnya, Micheal Feichtenbeiner sebagai jurulatih sementara.

Keputusan itu nampaknya mula membuahkan hasil sebab Selangor berjaya menjaringkan 16 gol untuk 3 perlawanan terakhir liga.

 

selangor mula bangkit

The Red Giants seri 3 sama dengan UiTM FC, belasah PDRM 7-0 dan akhirnya benam Felda United 6-1.

Lebih manis, penyerang importnya, Ifedayo Olusegun kini mendahului senarai penjaring terbanyak liga dengan 12 gol.

 

selangor mula bangkit

Sebabnya, dia jaringkan hatrik ketika berdepan Felda United sekaligus memintas penyerang Perak, Shahrel Fikri yang miliki 10 gol.

Tapi betul ke sentuhan Feichtenbeiner ni benar-benar membuahkan hasil?

Sebabnya, PDRM dan Felda United tu merupakan pasukan yang tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan. Jadi tak mustahil la untuk menang dengan jaringan yang banyak.

Ketika Sathianathan mengendalikan Selangor, jurulatih berpengalaman itu terpaksa berdepan pasukan-pasukan kuat seperti JDT, Kedah, Terengganu FC dan Perak.

selangor mula bangkit

Ok, kalau betul nak tahu sentuhan Feichtenbeiner benar-benar menjadi atau sebaliknya, kita kena tunggu prestasi mereka pada saingan Piala Malaysia nanti.

Oleh : Karami Kamel