Selalu Kena Ejek Dengan Kawan Guna Handphone Tak Canggih, Lelaki Ni Cipta Telefon Sendiri

selalu kena ejek dengan kawan guna handphone tak canggih, lelaki ni cipta telefon sendiri

Jangan dibuat main kalau kita ejek orang sebab kadang-kadang ejekan tu menjadi motivasi seseorang tersebut untuk menghasilkan sesuatu di luar kotak.

Perkara ni dapat dibuktikan melalui seorang pemuda dari Mangelang, Indonesia apabila bertekad untuk menghasilkan ‘telefon bimbit’ sendiri. Dia melakukan perkara tersebut selepas sering diejek oleh rakan-rakannya kerana menggunakan telefon yang tidak canggih.

"Saya selalu berkumpul dengan kawan-kawan, bila mahu muat turun 'game' tak boleh kerana telefon tak canggih. Rakan selalu sindir, telefon kentang," katanya.

Telefon yang dihasilkan mempunyai beberapa komponen penting seperti sebuah telefon bimbit sebenar. Dia juga bercerita akan memerlukan masa selama 10 minit sahaja untuk menghasilakan telefon tersebut kerana kentang bersaiz besar.

Perkara ini mendapat perhatian ramai apabila beberapa keping gambar telefon kentang viral di Facebook. Walhal, dia memuat naik gambar tersebut dengan niat gurauan dan menyindir rakan-rakannya.

"Saya buat telefon ini sekadar gurauan sahaja. Pada awalnya nak buat 'cover' telefon tetapi lama-kelamaan kentang akan bertukar hitam dan busuk.

Sumber: Sinar Harian