Sekumpulan Monyet Di India Larikan Sampel COVID-19, Penduduk Sekitar Panik Dan Takut Dijangkiti

sekumpulan monyet di india larikan sampel covid-19, penduduk sekitar panik dan takut dijangkiti

Monyet ni memang antara haiwan yang nakal. Kadang-kadang nakal dia tak boleh nak masuk akal. Nasib baik monyet!

Sekumpulan monyet telah menyerang sebuah makmal yang menempatkan dan menjalankan sampel ujian pesakit COVID-19.

Berdasarkan laporan Times Of India, kejadian berlaku di makmal premis Kolej Perubatan Meerut. Dikatakan monyet-monyet tersebut telah memecah masuk kawasan makmal dan membawa lari tiga sampel ujian tersebut.

Kemudian, mereka menemui seekor monyet di atas pokok sedang mengunya sampel kit yang diambil. Akibatnya, pesakit terpaksa diperiksa dan sampel perlu diambil sekali lagi.

Kejadian tersebut menyebabkan masyarakat sekitar menjadi risau dan takut sekiranya sampel tersebut positif dan berada menghampiri mereka.

 

Sumber: Times of India