Sekolah Tutup Dua Hari Jika Didapati Ada Satu Kes COVID-19

Bermula semalam, sekolah yang dilaporkan mempunyai kes COVID-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari.

sekolah tutup dua hari jika didapati ada satu kes covid-19

Perkara tersebut disahkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Menerusi satu laporan yang dikeluarkan surat khabar tempatan, Dr Hang Soon berkata golongan pelajar yang terjejas dengan penutup sekolah mereka akan beralih kembali kepada pembelajaran dalam talian sehingga kelas fizikal dijalankan semula.

“Keputusan yang berkuat kuasa Rabu itu akan memberi kuasa kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan notis memaklumkan ibu bapa mengenai penutupan sekolah apabila terdapat kes positif COVID-19,” ujarnya.

Lanjutnya lagi, pelaksanaan penutup sekolah yang terlibat dengan kes COVID-19 adalah untuk mengekang kluster COVID-19 daripada terus menular, terutamanya di kawasan sekolah.

“Ini akan membolehkan sekolah menjalani sanitasi secara menyeluruh sementara ibu bapa, pelajar dan guru dapat meluangkan masa untuk menenangkan diri dan mengelakkan kebimbangan atau ketakutan yang tidak wajar.”

Tambah Dr Hang Soon lagi berkenaan perkara tersebut, berikutan penutupan yang berjalan selama dua hari itu, pegawai kesihatan daerah akan melakukan tinjauan risiko di sekolah yang terjejas bagi menentukan sama ada penutupan tersebut harus dilanjutkan lagi atau ditamatkan setelah habis tempoh dua hari.

“Pejabat kesihatan daerah juga akan menguruskan guru dan pelajar yang memerlukan ujian COVID-19 untuk melakukannya,” katanya.

Keputusan tersebut juga akan dinilai semula oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Sebarang kemas kini penutupan sekolah akan dimuktamadkan oleh MKN dan diumumkan kemudian.”

 

Sumber: [1]