Sedihnya! Seorang Doktor Berpakaian Batman Tunaikan Permintaan Pesakit Kanser

sedihnya! seorang doktor berpakaian batman tunaikan permintaan pesakit kanser

Satu video telah tular di media sosial dan rakaman itu telah membuatkan ramai netizen berasa sebak dan sedih.

Video tersebut memaparkan seorang doktor berpakain costume Batman dan telah memeluk seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan pesakitnya.

Menurut laporan India Today, doktor tersebut cuba merealisasikan impian pesakit kansernya itu yang mahu bertemu dengan batman.

“Doktor tersebut bertanya kepada pesakit kansernya akan impiannya. Kemudian kanak-kanak lelaki itu menjawab dia mahu bertemu dengan Batman. Keesokan harinya, doktor tersebut telah muncul dengan berpakaian lengkap seperti karakter Batman.”

Dalam video tersebut juga menunjukkan bagaimana reaksi kanak-kanak tersebut. Saat ternampak kelibat doktor itu, budak lelaki tersebut terus memeluknya.

Video itu telah mengundang seribu satu rasa dalam diri netizen.

Sumber: India Today