Sarawak Kesan 4 Kes Varian Omicron

Sebanyak empat kes varian Omicron COVID-19 dilaporkan telah dikesan di Sarawak.

sarawak kesan 4 kes varian omicron

Menurut ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) Profesor Dr David Pereira, dua daripada kes tersebut adalah dari Bintulu dan melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria.

Memetik laporan Utusan Borneo pada Jumaat lalu, satu lagi kes membabitkan seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai pulang dari United Kingdom sementara dua kes lain dikesan di Kucing.

“Satu kes melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang pulang dari United Kingdom. Dia menjalani ujian calitan pada 22 Disember manakala kes satu lagi ialah seorang wanita yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini, menunjukkan kemungkinan penularan tempatan,” jelasnya.

Susulan itu, Dr Pereira turut mengatakan, kemungkinan penularan tempatan bagi Omicron yang sangat mudah berjangkit dalam komuniti, justeru orang ramai digesa supaya berhati-hati ketika tempoh perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2022.

“Orang ramai perlu segera mendapatkan suntikan penggalak mereka jika mereka belum berbuat demikian,” katanya.

 

Sumber: [1]