Sanggup Travel 236km Demi Girlfriend Mobile Legends, Lelaki Akhirnya Menangis Sebab Kena Reject

Gara-gara cintanya yang ditolak seorang gadis yang dikenali melalui permainan dalam talian Mobile Legends, seorang pemuda di Indonesia menangis di hadapan sebuah kedai sehingga menjadi tular di media sosial.

sanggup travel 236km demi girlfriend mobile legends, lelaki akhirnya menangis kerana cinta ditolak

Lebih menyedihkan keadaan, pemuda tersebut difahamkan telah melakukan perjalanan sejauh 236 kilometer dengan motornya dari Riau ke Padang untuk berjumpa dengan gadis terbabit, namun diusir apabila mereka akhirnya bersua.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @fakta.indo itu, kongsi pemuda tersebut sambil menangis teresak-esak, dia pertama kali menemui gadis itu dalam Mobile Legends yang mana, mereka kemudian bercinta.

“Anak ini dari Pekan Baru ingin menemui kekasihnya di Padang Panjang. Dia menaiki motor,” jelas wanita yang merakamkan video tersebut sambil cuba menenangkan pemuda tersebut dengan memberi kata-kata semangat.

Dalam video itu, turut dapat didengari kelibat orang ramai yang turut sama berusaha menenangkan pemuda tersebut dan menawarkannya air untuk diminum.

“Masih ramai gadis lain. Kamu tak boleh macam tu,” tambah wanita sama.

 

 

 

Sumber: [1]