Salah satu benda yang menjengkelkan masa nak naik kapal terbang bila di kaunter daftar masuk, anda diberitahu berat bagasi tangan anda telah melebihi had yang sepatutnya. Sama ada kena bayar lebih atau buang sikit barang-barang dalam beg tu. Terpulang.
Bagi Gel Rodriguez dari Filipina pula, dia sanggup memakai berlapis-lapis baju untuk mengurangkan berat bagasi tangannya.
Pengalamannya itu dikongsikan di Facebook dan telah mencuri perhatian ramai.
Dia diberitahu oleh kakitangan lapangan terbang ketika di kaunter daftar masuk, bahawa bagasi tangannya telah melebihi berat 7kg iaitu 9kg.
Daripada meninggalkan atau membuang barang-barangnya, Gel menemui satu penyelesaian terbaik.
Dia kemudiannya, mengeluarkan pakaian 2.5kg dari bagasinya dan memakainya.
Daripada membawa bagasi tangan 9kg, Gel mampu menurunkan berat beg tersebut kepada 6.5kg. Menarik!
Satu solusi yang kreatif tapi selesa ke tak tu?