Demi menebus wang insurans, seorang lelaki di Hungaria sanggup melakukan hal di luar dugaan.
Kerana aksi nekadnya itu, lelaki tersebut kemudian ditangkap dan dikenakan hukuman.
Memetik laporan Oddity Central, lelaki bernama Sandor Cs itu terbukti dengan sengaja berbaring di landasan kereta api agar kedua-dua kakinya tergilis.
Dia dikatakan tekad melakukan sebegitu kerana ingin mendapatkan wang insurans bernilai RM13,180.
Akibat aksinya itu, kedua-dua kaki Sandor kemudian terpaksa dipotong dari bahagian lutut hingga ke bawah, menyebabkannya kini bergantung pada kaki palsu serta kerusi roda.
Kecurigaan awal bermula selepas pihak polis dimaklumkan bahawa Sandor baru sahaja mengambil 14 polisi insurans jiwa berisiko tinggi pada tahun sama dengan kejadian tersebut.
Tuan empunya badan sendiri juga mengaku bahawa dirinya baru mengambil polisi insurans jiwa untuk mendapatkan nasihat kewangan.
Lelaki berusia 54 tahun itu didakwa secara sengaja berbaring di landasan kereta api.
Dia kemudian membiarkan kedua-dua kakinya itu digilis oleh sebuah kereta api yang sedang melalui landasan tersebut.
Selepas kejadian tersebut, isterinya membuat tuntutan kepada pihak insurans.
Namun pihak insurans menolak untuk membayar wang tebusan insurans itu kerana mencurigai Sandor sekiranya dia telah mencelakai dirinya dengan sengaja.
Kerana terbukti bersalah, Sandor kini dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun diwajibkan membayar denda sekitar RM26,067.
Keputusan tersebut dibuat tujuh tahun selepas Sandor kehilangan kedua-dua kakinya.
Sumber: [1]