Seorang chef bernama Nusret Gokce yang popular dengan gelaran ‘Salt Bae’ disaman sebanyak $5 juta (kira-kira RM20 juta) oleh seorang artis Brooklyn akibat menggunakan hasil karya seni artis terbabit tanpa izin.
Menurut artis tersebut yang bernama William Hicks, dia bersama rakan senimannya, Josphe Lurato dibayar untuk menghasilkan mural yang menyerupai aksi viralnya memercikkan garam di restoran chef tersebut yang terletak di Miami pada 2017.
Selain itu, mereka turut menghasilkan mural stensil untuk cawangan lain restoran chef berketurunan Turki itu termasuklah di Doha, Dubai dan New York.
Namun, Hicks mendapat tahu bahawa Gokce menyalah gunakan hak cipta imej tersebut untuk beberapa cawangan restorannya yang lain di serata dunia sekitar tahun lalu.
Imej tersebut digunakan untuk papan tanda digital, menu, pengelap, pek makanan dan label perasa.
Terdahulu, Gokce menemui populariti di internet kerana gambarnya ketika memercikkan garam pada stik tular di Instagram.
Sumber: [1]