Salman Khan Berdepan Dengan Situasi Mencemaskan Akibat Dipatuk Ular

Malang tidak berbau apabila pelakon masyhur Bollywood, Salman Khan, 56, berada dalam situasi mencemaskan akibat dipatuk ular sehingga terpaksa dirawat di hospital.

salman khan berdepan dengan situasi mencemaskan akibat dipatuk ular

Memetik laporan Astro Awani, kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika pelakon itu cuba mengeluarkan ular tersebut dari rumah ladangnya di kawasan Panvel berhampiran Navi Mumbai.

“Seekor ular memasuki rumah ladang saya dan ketika membawanya keluar menggunakan kayu, ia menjalar ke tangan saya. Dan ketika cuba menangkapnya, ia mematuk saya tiga kali,” kata Salman kepada pemberita sebaik beliau keluar dari hospital.

Tambahnya, beliau menerima rawatan antivenom ular dan berada di hospital selama enam jam.

 

Sumber: [1]