Salah Dikatakan Berhasrat Tamatkan Karier Dengan Liverpool

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengatakan pemain kelab bola sepak itu, Mohamed Salah berkemungkinan menamatkan kariernya di Liverpool selepas The Reds meraih kemenangan 5-0 ke atas Manchester United di Old Trafford.

salah dikatakan berhasrat tamatkan karier dengan liverpool

Dalam perlawanan tersebut, Salah meledak hatrik sementara Naby Keita dan Diogo Jota turut menemui jaring.

Susulan daripada persembahan itu, Klopp memuji persembahan Salah yang menjadi pemain pertama meledak hatrik di Old Trafford sejak Ronaldo melakukannya bersama Real Madrid dalam Liga Juara-Juara (UCL) pada 2003.

“Salah menikmati permainannya dan berharap ia akan berterusan. Saya sudah mengetahui dia mahu mengakhiri karier di sini, saya mengetahui situasinya,” kongsi Klopp.

Dalam pada itu, Salah turut berkata, “Saya berasakan kemenangan ini cukup baik, kami mengetahui jika gagal bermain dengan baik, ia akan menyukarkan kami.

“Kami mengetahui perlu menampilkan aksi terbaik.

“Selagi pasukan meraih kemenangan saya akan gembira dan terus melakukan yang terbaik untuk pasukan.”

 

Sumber: [1]