Saksikan Perlawanan Di Stadium Secara Langsung!

saksikan perlawanan di stadium secara langsung!

Pandemik Covid-19 telah sedikit sebanyak merubah cara dan gaya hidup kita semua terutama sekali dengan kerajaan di kebanyakan negara mengimplimentasi SOP baharu untuk menghadapi hidup ‘norma baharu’ yang tidak membenarkan orang ramai berkumpul secara beramai ramai untuk sebarang acara dan sebagainya.

Namun, harapan itu kembali apabila New Zealand menunjukkan kepada dunia bahawa kemungkinan untuk kita berkumpul besar besaran adalah tidak mustahil selepas merekodnya 25 hari tanpa sebarang kes Covid-19 yang baru (kecuali 2 kes impot baru baru ini).

Hujung minggu yang lepas, kejohanan ragbi Super Rugby Aoteroa telah bermula dan merupakan hari yang bersejarah untuk sukan ragbi disebabkan ini merupakan perlawanan ragbi pertama di dunia selepas dunia dilanda masalah Covid-19 yang memaksa negara di seluruh dunia untuk membuat ‘lockdown’.

Bukan itu sahaja, perlawanan pertama yang berlangsung pada hari Sabtu diantara Chiefs dan Highlanders yang berlangsung di Dunedin merupakan sukan yang bersiaran langsung dengan penyokong yang berada di stadium untuk menyaksikan sendiri perlawanan, yang pertama di dunia sejak lockdown berlaku.

Pada hari berikutnya, perlawanan kedua telah berlangsung diantara Blues dan Hurricanes di Eden Park, Auckland yang penjualan tiket untuk perlawanan ini telah habis dijual sebanyak 43,000 tiket.

Sebelum ini New Zealand mempunyai masalah untuk mengisi stadium dengan penonton tetapi mungkin disebabkan dengan lockdown yang berlaku dan itu mungkin telah menagih semangat peminat ragbi untuk kembali semula ke stadium dan menonton sendiri perlawanan secara langsung dengan atmosfera bagaikan pesta.

Kedua dua pencapaian ini sememangnya telah memberi harapan kepada dunia yang kita mampu untuk mengisi kembali kekosongan di stadium dan juga acara acara terbuka yang lain.

Saksikan sendiri perlawanan Super Rugby Aoteroa di saluran Rugby Pass, 823 di Astro.

By Capo Rod