Pasukan penyelidik di Afrika Selatan mengatakan bahawa mereka telah mengenal pasti varian COVID-19 lain yang membimbangkan dan ia dikenali sebagai varian C.1.2.
Menerusi versi pra-penerbitan satu kajian yang dipaparkan dalam talian melihat varian yang disebut sebagai C.1.2.
Varian terbabit pertama kali ditemui pada bulan Mei dan merupakan cabang dari varian Beta yang sebelum itu ditemui di Afrika Selatan pada bulan Januari.
Menurut mereka, versi ini bagaimanapun menunjukkan sejumlah perubahan pada protein lonjakan, yang membantu virus menyelak sel-sel yang sihat.
Beberapa mutasi protein lonjakan yang telah dikaitkan dengan peningkatan penghantaran dalam varian lain.
Namun, setakat ini masih belum diketahui sekiranya mutasi pada C.1.2 ini akan menjadikannya lebih mudah ditularkan atau merosakkan.
Menurut The Hill, varian versi ini disifatkan sebagai ‘sangat bermutasi’ dan melampaui kesemua varian terdahulu.
Sebagai tambahan, C.1.2 masih belum dikenal pasti sebagai ‘varian membimbangkan’ (varian of concern) dan masih belum diberi nama dari abjad Yunani seperti Alpha, Delta dan Gamma.
Selain itu, para penyelidik turut menitikberatkan bahawa hanya kerana ia ditemui di Afrika Selatan, tidak bermaksud varian terbabit berasal dari sana.
“C.1.2 sejak itu telah dikesan di sebahagian besar wilayah di Afrika Selatan dan di tujuh negara lain yang merangkumi Afrika, Eropah, Asia dan Oceania,” tulis mereka.
Sumber: [1]