SM Entertainment Buat Girl Group Baru Hasil Gabungan Girls' Generation, Boa & Ramai Lagi

Selepas mengumumkan penubuhan kumpulan gaya SuperM, SM Entertainment kali ini mendedahkan bahawa mereka bakal membuat kumpulan idola wanita yang terdiri daripada artis-artis terkemuka syarikat tersebut.

sm entertainment buat girl group baru hasil gabungan girls' generation, boa & ramai lagi

Pada 27 Disember, SM Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan wanita mereka diberi nama GOT yang juga membawa maksud Girls on Top.

GOT bakal dianggotai BoA, Taeyeon (Girls’ Generation), Hyoyeon (Girls’ Generation), Seulgi (Red Velvet), Wendy (Red Velvet) dan Karina (aespa) serta Winter (aespa).

Menurut SM Entertainment, GOT akan melakukan penampilan sulung mereka dengan persembahan istimewa pada 1 Januari 2022 bersempena konsert dalam talian percuma SMTOWN manakala lagu pertama mereka pula akan dikeluarkan pada 3 Januari jam 6 petang (KST).

 

Sumber: [1]