Ryan Gosling Bakal Bintangi Filem Barbie Sebagai Ken, Dipasangkan Dengan Margot Robbie

Sumber mendedahkan bahawa Ryan Gosling kini sedang berada dalam rundingan terakhir untuk memainkan watak sebagai Ken dalam filem Barbie.

ryan gosling bakal bintangi filem barbie sebagai ken, dipasangkan dengan margot robbie

Filem Barbie turut dibintangi bintang Suicide Squad, iaitu Margot Robbie sebagai Barbie.

Barbie bakal diarahkan oleh pengarah Lady Bird dan Little Women, Greta Gerwig yang mana beliau turut sama menulis skrip filem tersebut bersama Noah Baumbach.

Ia dijangka akan mula menjalani penggambaran bermula 2022 ini dan dilancarkan pada 2023.

Margot Robbie juga akan menerbitkan filem tersebut bersama produksinya iaitu LuckyChap Entertainment.

 

Sumber: [1]