Rusa Tersangkut Tayar Pada Leher Selama Dua Tahun

Seekor rusa jantan yang berusia hampir lima tahun mengalami tayar tersangkut selama dia tahun pada lehernya.

rusa tersangkut tayar pada leher selama dua tahun

Rusa seberat 270 kilogram dikesan berada di kawasan berbukit di negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS) dan direkodkan beberapa kali berjalan di antara Park County dan Jefferson County.

Ia kemudian ditembak dengan ubat pelali untuk ditanggalkan tanggal tersebut.

Berikutan itu, tanduk rusa tersebut turut sama terpaksa dipotong oleh kakitangan Hidupan Liar dan Taman-Taman negeri itu bagi mengeluarkan tayar tersebut.

Rusa tersebut kali pertama dikesan membawa tayar tersebut pada 2019 ketika satu kajian mengenai kambing yang mendiami kawasan sekitar itu.

Akibat terlalu lama membawa tayar tersebut, rusa itu difahamkan mengalami kesan kecederaan pada sekitar leher haiwan tersebut.

Selain itu, bulunya juga dikatakan semakin menipis.

 

Sumber: [1]