Rosé BLACKPINK Pecah Dua Rekod Guinness World Records

Anggota kumpulan gadis K-Pop masyhur, Rosé BLACKPINK mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila dia berjaya memecah dua rekod Guinness World Records menerusi debut solonya yang dilancarkan baru-baru ini.

rosé blackpink pecah dua rekod guinness world records

Manakan tidak, lagu “On the Ground” berjaya mendahului Global Billboard 200 dan Billboard Global (tidak termasuk carta Amerika Syarikat) pada 27 Mac lalu.

Selain itu, video muzik lagu terbabit juga merupakan video yang paling banyak ditonton di YouTube dalam tempoh 24 jam untuk artis K-Pop solo dengan jumlah 41.6 juta tontonan.

Terdahulu, rekod tersebut dipegang oleh Psy menerusi lagu “Gangnam Style” dengan 36 juta tontonan pada 2012.

12 Mac lalu, Rosé melancarkan album sulungnya "R" dengan single utamanya "On the Ground" pada 12 Mac.

Single kedua daripada album tersebut, iaitu "Gone" dirilis pada 5 April.

 

Sumber: [1]