Biarpun dilihat sebagai sukan yang ekstrem, namun ternyata rock climbing sebenarnya mampu membantu mengurangkan kegelisahan selain mendorong ketenangan fikiran.
Biarpun apa jua sukan sekali pun dilihat sebagai aktiviti yang berupaya mengurangkan tekanan kerana mampu membuatkan otak kita melepaskan ‘hormon gembira’ yang lebih dikenali sebagai dopamine atau serontonin.
Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan kesihatan mental seseorang.
Namun, buat mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru bagi mereka, misalnya ‘rock climbing’, anda tidak salah lagi kerana sukan ini juga mampu membantu seseorang membina keyakinan mereka.
Bagi mereka yang baru terhadap sukan ini, adalah normal untuk berasa takut kerana berasa gayat.
Bagaimanapun, sukan tersebut akan membantu anda untuk meyakinkan diri anda bahawa anda berada dalam keadaan selamat, selain memerlukan anda untuk terus memerhatikan setiap pergerakan anda.
Yang paling penting, adalah fokus. Kerana pendaki harus memberi tumpuan mental terhadap situasi yang sedang dihadapi mereka sepenuhnya.
Lantaran itu, ‘rock climbing’ merupakan satu kaedah baik yang berupaya membina kemahiran menyelesaikan masalah selain dapat mencapai kepuasan daripada kejayaan yang beroleh dengan mendaki puncak.
Sumber: [1]