Rihanna & Kekasih Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi

Penyanyi Amerika Syarikat, Rihanna, 33, dilaporkan akan berkahwin dengan pasangan kekasihnya yang juga seorang penyanyi rap, ASAP Rocky.

rihanna & kekasih bakal berkahwin tak lama lagi

Menurut sumber, “Rihanna benar-benar terpikat dengan ASAP. Mereka mempunyai ikatan yang sangat rapat dan Rihanna sentiasa agak tradisional.

“Mereka akan berkahwin, sudah pasti. Dia telah memberitahu kawannya bahawa dia mahu bersamanya selama-lamanya, dan dia (ASAP) juga berkata perkara yang sama.”

Pasangan yang turut menjangkakan cahaya mata pertama mereka itu mula menjalinkan hubungan cinta sekitar 2020.

Tambah sumber itu lagi, “Belum ada rancangan lagi tentang bila perkahwinan itu akan diadakan tetapi ia tidak akan berlaku sebelum bayi itu dilahirkan. Dia sentiasa mahu berkahwin dan ASAP adalah insan selama-lamanya.

“Perkahwinan itu akan diadakan di Barbados kerana mereka berdua mempunyai keluarga di sana, tempat itulah yang menyatukan mereka, justeru ia sangat istimewa di hati mereka.”

Rihanna baru-baru ini mendedahkan bahawa dia kini sedang hamil cahaya mata pertamanya bersama ASAP.

Terdahulu, penyanyi lagu “Work” itu pernah menjalinkan hubungan cinta bersama penyanyi Chris Brown, Drake dan ahli perniagaan Saudi Hassan Jameel.


Sumber: [1]