Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di beberapa buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak hingga 11 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.
Di Pulau Pinang pula, diramalkan akan berlaku di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Sementara itu, di Perak, dijangka akan berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Keadaan yang sama juga diramalkan akan berlaku di Gua Musang di Kelantan, di Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang.
Di Selangor, ia dijangka akan berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak sementara ia juga akan berlaku di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Seremban dan Rembau).
Di Sarawak, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, sementara di Sabah diramalkan berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan).
Sumber: [1]