Ribut Debu Mengganas Dan Hujan Ais Sebesar Bola Kriket Melanda Australia

ribut debu mengganas dan hujan ais sebesar bola kriket melanda australia

Baru mahu pulih dari kejadian kebakaran, kini kawasan bahagian luar bandar Australia mengalami ribut debu pula. Pihak berkuasa tempatan khuatir akan kejadian itu ‘menyerang’ kawasan berpopulasi padat termasuklah bandaraya Sydney.

Beberapa pekan di kawasan pedalaman di Dubbo, New South Wales telah dilanda kepulan gergasi debu berwarna merah yang tebal.

"Saya sudah tidak berdaya lagi. Saya tidak boleh melihat ke dasar kolam renang (kerana air menjadi keruh), manakala kolam untuk kanak-kanak sudah menjadi lopak lumpur,” keluh Tanya Fulton, pengurus kolam renang rakyat di Tottenham yang didiami 300 orang.

Akibat daripada serangan ribut tersebut ia telah menjejaskan tempoh bertenang orang ramai yang baru sahaja selesai berhadapan dengan kejadian kebakaran yang teruk.

Lain pula cerita di ibu negara, Canberra. Pada hari Isnin lalu, Canberra telah dihujani dengan ketulan ais batu sebesar boleh kriket. Akibatnya, beberapa kenderaan telah mengalami kerosakan pada tingkap kenderaan.

Perkara tersebut dikongsi oleh penduduk melalui media sosial mereka. Masing-masing menyatakan kerisauan dan rasa cemas.

Sumber: Astro Awani