Resepi Ketupat Sotong

Ketupat sotong, mungkin kedengaran aneh bagi sesetengah individu tetapi tahu tak ketupat sotong sangat popular di pantai timur. 

Gabungan savori dan rasa manis menjadikan menu masakan ini sangat unik. Bagi yang pernah mencuba ketupat ini anda mesti teringin nak makan lagi.

Tak tahu nak beli kat mana sebab susah sangat nak cari orang jual, apa kata buat sendiri je kat rumah guna resepi ini. Selamat mencuba!

KETUPAT SOTONG

1. Rendam beras pulut dgn santan n gram skit 1jam

resepi ketupat sotong

2. Isi separuh sotong ( kalau penuh nanti pecah) 

3. pakai pencukil gigi buat bentuk X untuk mengelak pulut keluar 

resepi ketupat sotong

4. Susun daun pandan dan gula melaka kalau orang org kelantan cakap (NISE). Susun sotong di atas daun pandan.

resepi ketupat sotong

5. Letak santan (jangan letak air)  sebab sotong ada air dia sendiri .

resepi ketupat sotong
 

6. Masak api sederhana , tutup kuali apabila masakan menggelegak dan biarkan dengan api kecil.

resepi ketupat sotong

7. Siap dan boleh dimakan!

Sumber ‎Wulan via MAHN.