Rentas Negeri Tak Lengkap Vaksin Bawa Padah

Ada yang pasang niat nak rentas negeri tapi belum ambik vaksin atau tak lengkap lagi vaksin COVID-19? Apa kata tangguh dulu sampailah sampai masa korang lengkap divaksin dan cukup tempoh matang. Bukan apa kang tak pasal-pasal diarahkan patah balik kot terserempak kat mana-mana dengan Encik Polis. Ha haru!

Tu kalau takat kena patah balik je, kalau dapat pakej kompaun sekali? Ha masak! Melainkanlah memang dah ready nak bayar denda. Geleng kepala. Tapi kan ni bukan pasal mampu bayar ke tak atau soal SOP je, tapi soal keselamatan dan kesihatan diri kita dan orang lain. Pertimbangan matang amat perlu.

rentas negeri tak lengkap vaksin bawa padah

Macam semalam kat sempadan Kelantan-Terengganu polis arahkan sorang pemandu ni patah balik masa cuba nak masuk Kelantan. Ni selepas dia didapati tak lengkap lagi vaksinasi COVID-19. Masa pemeriksaan polis, dia jugak didapati bawak bersama ahli keluarganya…hmmm…

Faham, mungkin dah terlalu rindu mak ayah dan udara kampung halaman tapi sabar sikit je lagi. Selesaikan dulu vaksinasi. Untuk golongan antivaksin, jelas tu kehendak korang maka tindakan harapnya sepadan dengan keputusan.

Satu lagi, kebenaran rentas negeri untuk melancong pun hanya untuk individu yang dah lengkap vaksin ya. Anak-anak bawah umur 18 tahun pun boleh join asalkan ikut sekali mak ayah atau penjaga yang dah dapat vaksin lengkap.

Oh ya, Bukit Aman jugak ada bagi tahu, polis akan tetap mengeluarkan kompuan kat individu yang tidak atau belum lengkap divaksin yang dikesan rentas negeri. Tindakan tegas tu dilaksanakan antaranya melalui pemeriksaan pasukan pemantau kat lokasi tumpuan ramai macam kawasan ‘R & R’.

Kata akhir, nak dapat semua kemudahan ni ambiklah vaksin COVID-19.



Oleh: KJ

Sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, Berita Harian, Kosmo & Internet