Rentas Negeri Secara Tidak Sah, Kompaun Menanti Anda!

rentas negeri secara tidak sah, kompaun menanti anda!

Individu yang didapati merentas negeri tanpa kebenaran akan dikenakan kompaun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. 

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini susulan jumlah kenderaan yang merentas negeri didapati tidak menurun.

Bayaran kompaun itu akan dikenakan terhadap individu tersebut di lokasi sekatan jalan raya.

Mereka turut akan diminta berpatah balik.

Peraturan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara.

Ini selepas ribuan kenderaan diarah berpatah balik setakat ini kerana cuba pulang ke kampung halaman.

Oleh itu, kerajaan gesa orang ramai tidak membuat keputusan tergesa-gesa untuk merentas negeri tanpa kebenaran polis.

Ini kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan penularan wabak Covid 19 ke negeri lain.

Oleh: Syahdeen Tahir