Setiap awal tahun pasti akan ada resolusi yang berubah. Ini adalah salah satu resolusi baru yang menarik yang ingin dikongsikan. Ini adalah tempat baru yang anda boleh pergi di hujung minggu.
Crystal Garden adalah tempat terbaru dibuka di Taman Jubilee, Ipoh. Anda akan merasakan seperti di igloo yang sangat besar dan juga bar viru kristal yang pasti membuatkan anda terpukau. Sofa dan perabut yang lain semua kelihatan seperti salji dan blok ais. Dindingnya mempunyai tekstur salji dan sangat sesuai kalau nak buat photoshoot.
Jangan lupa untuk singgah ke sini kalau anda datang ke Ipoh. Pastinya akan memberikan pengalaman yang indah dan rare.
Sumber: KLfoodie
Oleh: Khalie Azmi