Rasa Sunyi Boleh Memberi Kesan Negatif Pada Kesihatan- Kajian

rasa sunyi boleh memberi kesan negatif pada kesihatan- kajian

Satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari McGill Unoversity, Canada dan University of Oxford menunjukkan bahawa kesunyian boleh memberi kesan negative kepada kesihatan seseorang.

Kajian ini telah pun telah pun diterbitkan di dalam jurnal bertajuk Trends in Cognitive Sciences. Dalam jurnal tersebut, para pengkaji mendapati dengan pengasingan sosial boleh memberi kesan yang teruk kepada kesihatan mental dan fizikal.

Antara yang boleh berlaku akibat daripada kesunyian adalah gangguan terhadap ingatan dan otak serta gangguan kepada kadar gula dalam darah.

Selain itu, mereka juga menemukan kesunyian mampu memberi kesan negative kepada sistem imunisasi. Perkara ini akan membuatkan badan kita akan lebih terdedah dan mudah dijangkiti penyakit sehinggakan boleh meningkatkan risiko kematian pada seseorang.

Jadi, jangan mengasingkan diri. Kalau korang rasa macam lose hope, dapatkan bantuan dengan segera, ok?

Sumber: Malay Mail