Rakyat Thailand Wajib Guna MySejahtera Sekiranya Nak Masuk Malaysia

Rakyat Thailand yang ingin memasuki Malaysia bermula 1 April ini dikehendaki mendaftar dalam aplikasi MySejahtera.

rakyat thailand wajib guna mysejahtera sekiranya nak masuk malaysia

Kata Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais, “Daripada maklumat yang saya terima daripada pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKNPs), pintu sempadan di Wang Kelian, Perlis, hanya untuk kemasukan daripada rakyat Thailand,” katanya.

Tambah beliau, Jabatan Imigresen Perlis akan membuat pemeriksaan suhu badan dan mengambil maklumat warga Thailand yang memasuki negara ini.

“Hanya pelancong yang datang melancong lebih daripada lima hari sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia,” terangnya.

8 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik dan membuka semula sempadan negara bermula 1 April ini.


Sumber: [1]