Korang ada perancangan nak pergi tempat-tempat di Australia seperti New South Wales, Victoria atau ACT tak?
Kalau ada, korang boleh fikir semula kerana pihak Wisma Putra telah mengeluarkan nasihat supaya menunda perjalanan korang berikutan tempat-tempat tersebut mengalami kebakaran berlukar.
Kementerian Luar menyatakan nasihat tersebut dikeluarkan sejurus pihak berkuasa New South Wales telah mengumumkan darurat selama tujuh hari di kawasan tersebut bermula 3 Januari.
Selain tu, kalau ada rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas, korang boleh hubungi Suruhanjaya atau Pejabat Konsulat yang berdekatan seperti berikut:
SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI CANBERRA
7 Perth Avenue Yarralumla ACT 2600 Canberra, Australia
Telefon: +612 61200300 / 310 atau +614 16334901
Emel : mwcanberra@kln.gov.my
PEJABAT KONSULAT MALAYSIA, MELBOURNE
Level 1, No. 432 St Kilda Road Melbourne, Victoria 3004, Australia
Telefon: +613 9573 5400 or +61 434 950 600
Emel : mwmelbourne@kln.gov.my
PEJABAT KONSULAT MALAYSIA, SYDNEY
67 Victoria Road, Bellevue Hill, NSW 2023 Sydney, Australia
Telefon: +61 02 9327 7596 or +61 02 9327 7565
Emel : contact@ema.org.au
Sumber: Astro Awani