Rakyat Malaysia Di Rantau Teluk Dinasihatkan Daftar Diri Di Kedutaan Terdekat

rakyat malaysia di rantau teluk dinasihatkan daftar diri di kedutaan terdekat

Kalau korang ada rakan-rakan atau saudara mara yang tinggal di negara rantau Teluk atau Timur Tengah, seeloknya maklumkan kepada mereka untuk mendaftar diri di kedutaan Malaysia yang berhampiran.

Selain tu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah pun berpesan supaya mana-mana rakyat Malaysia yang tinggal atau dalam perjalanan ke Timur Tengah, korang semua diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka. Nasihat ni juga termasuklah mereka yang sedang berada di negara-negara bergolak dalam misi atau sahaja.

"Pendaftaran boleh dilakukan menerusi emel," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas belia mengenai hal ehwal luar dan diplomasi di Wisma Putra di sini.
Sekiranya korangberada di negara yang misi diplomatik Malaysia tidak aktif seperti Iraq, Syria dan Yaman, korang boleh daftarkan diri di kedutaan berikut:

-Rakyat Malaysia di Iraq mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan;
- Mereka yang berada di Syria, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Beirut, Lubnan;
- Rakyat Malaysia di Yaman, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman.

Sumber: Astro Awani