Rakan-rakan Hadiahkan Telefon Bimbit Baru, Sampai Menangis Kawan Tu Tengok Hadiah Yang Diterima

rakan-rakan hadiahkan telefon bimbit baru, sampai menangis kawan tu tengok hadiah yang diterima

Siapa je yang tak happykan apabila kita dapat hadiah. Tambah-tambah hadiah yang diberikan tu memang kita perlu sangat-sangat.

Begitulah yang terjadi pada seorang lelaki ni apabila beberapa orang rakannya yang lain telah menghadiahi beliau dengan sebuah telefon bimbit baru.

Menurut tweet yang viral melalui akaun @Faizallibrhm, mereka membuat kejutan pada rakan tersebut kerana telefon bimbitnya hampir rosak selepas menggunakannya selama empat tahun.

 

 

Siapa je tak teruja kan terima barangan berharga macam tu. Melalui bebenang tweet tersebut, Faizal juga menyatakan bahawa hargailah setiap orang yang rapat dengan kita sementara mereka masih ada.

Video tersebut telah tular dan sehingga kini mendapat lebih 30 ribu RT dan of course, netizen rasa sungguh terharu dengan video itu.

 

 

Sumber:  Twitter @Faizallibrhm