Rakaman Telefon Terbang Masa Naik Roller Coaster

Menakutkan! Siapa sangka ketika tengah teruja menaiki roller coaster tiba-tiba ‘terbang’ telefon entah dari mana.

Betullah orang kata, malang tak berbau. Nasib baiklah salah seorang penumpang yang menaiki ride tersebut berjaya menangkap telefon itu.

rakaman telefon terbang masa naik roller coaster

Tak dapat bayangkan, apa akan berlaku jika lelaki berkenaan gagal menangkap telefon tersebut ketika roller coaster bergerak pada kelajuan 130 per saat.

Video aksi mencemaskan ini telah dimuatkan di akaun Youtube miliknya.

Tengok ni.

Menerusi info di Youtube, dia sedang manaiki ride Shambhala di Port Aventura, Sepanyol, sebelum iPhone X melayang dari tempat duduk hadapan.