Banyak media melaporkan sanitis telah menyatakan bahawa putaran bumi menjadi semakin pantas. Perkara tersebut menjadikan piawaian satu hari lebih pendek daripada 24 jam.
Terbaru, pihak Fizik Teknikal dan Kejuruteraan Radio, Institut Metrologi Rusia pula menyatakan putaran bumi yang cepat menjadikan 2021 lebih pendek berbanding tahun sebelumnya.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, tahun 2020 mengandungi 28 hari terpendek dalam sejarah (berdasarkan pemerhatian metrology dari tahun 1960) dan 19 Julai telah dicatatkan 1.4 milisaat lebih pendek daripada biasa. Perkara ini dijangka akan terus berlaku pada tahun akan datang.
"Memang benar, ramalan awal (hari akan menjadi lebih pendek), tetapi hanya jika kelajuan putaran bumi dipelihara," kata jurucakap institut Rusia.
Sumber: Sinar Harian