Kebakaran sering berlaku tanpa sengaja. Ia boleh berpunca daripada sesuatu benda yang kita tak jangka. Masih ramai di antara kita yang kurang kesedaran tentang punca kebakaran dan sikap kita yang tidak mengambil berat tentang perkara ini.
Sebagai tanda keselamatan, setiap orang harus mngambil perhatian tentang perkara perkara yang boleh menjadi punca kebakaran.
Ini antara punca yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran:
- Beban yang berlebihan
Dalam satu masa elakkan kegunaan heater dan rice cooker pada plug yang sama atau litar yang sama. Ini akan menyebabkan over-heating dan terbakar.
- Size kabel
Penggunaan untuk litar yang besar harus dipakai dengan size kabel yang sesuai. Kalau korang beli extension wire, pastikan baca penggunaan beban. Ini adalah untuk keselamatan diri.
- Jenis kabel
Kebiasaan orang ramai selalu nak cari yang murah, extension wire pun nak yang murah. Nak berjimat kena dengan tempat, keselamatankan lebih penting. Extension yang murah di perbuat daripada copper dan ia mudah reput dan lebih senang terbakar.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita