Puncak Ketinggian Gunung Everest Bertambah Ketinggian

puncak ketinggian gunung everest bertambah ketinggian

Nampaknya puncak tertinggi di dunia mendapat ketinggian yang baru selepas China dan Nepal bersetuju untuk menentukan ketinggian gunung tersebut.

Kedua-dua negara itu telah menetapkan puncak tertinggi gunung tersebut ialah 8,848.86 meter (29,031 kaki) iaitu 86 centimeter (2.8 kaki) lebih tinggi berbanding ukuran sebelum ini.

Sebelum ini, ketinggian gunung tertinggi di dunia tersebut menjadi perdebatan di antara kedua-dua negara itu.

Pada tahun 1999, US National Geographic Society telah menetapkan puncak tertinggi di dunia pada ketinggian 8,850 meter (29,035 kaki). Bagaimanapun, negara di mana terletaknya Gunung Everest tidak pernah mengiktiraf ketinggian itu walaupun sudah dinyatakan secara meluas.

Sumber: Malay Mail