Proksi, Ketengah Genre ‘Cyber Thriller’, Antara Karya Terakhir Allahyarham Ashraf Sinclair

Filem terbaru, Proksi yang bakal menemui penonton bermula 18 November 2021 menerusi Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bakal mengangkat genre ‘cyber thriller’, sebuah genre yang jarang sekali diketengahkan dalam filem-filem tempatan.

proksi, ketengah genre ‘cyber thriller’, antara karya terakhir allahyarham ashraf sinclair

Ia menyaksikan gandingan mantap barisan pelakon hebat Malaysia seperti Bront Palarae, Allahyarham Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha, Susan Lankester dan adik Adrianna Qasmia.

Proksi bakal membawa penonton menyelami dunia ‘hacker’ atau penggodam yang mana isu seperti serangan penggodam atau ‘cyber crime’ melalui berita palsu menjadi tumpuan.

Tidak ketinggalan, filem ini juga menjalani sesi penggambaran di Malaysia dan Thailand sekaligus menjadikan latar lokasi menarik di kedua-dua buah negara turut sama menjadi antara kekuatan filem tersebut.

proksi, ketengah genre ‘cyber thriller’, antara karya terakhir allahyarham ashraf sinclair

Penerbit merangkap pengarah Proksi, Mohd Shaufe A. Wahib berkata, “Filem Proksi memaparkan genre ‘cyber thriller’ yang mengetengahkan isu semasa iaitu penyebaran ‘berita palsu’, dan ia membawa penonton menyelami dunia penggodam siber, di samping lakonan memukau pelakon-pelakon hebat tanah air.

“Filem ini pada awalnya dirancang untuk ditayangkan di pawagam, namun dalam keadaan sekarang ini serta mengambil kira pelbagai faktor lain, kami percaya platform Astro First adalah saluran terbaik untuk kami tampilkan filem ini kepada penonton sasaran.

“Sementara itu, tajuk filem Proksi dipilih kerana ianya berkait rapat dengan karakter utama Sam dan Aman, lakonan Bront Palarae dan Allahyarham Ashraf Sinclair.

proksi, ketengah genre ‘cyber thriller’, antara karya terakhir allahyarham ashraf sinclair

“Filem ini amat istimewa bagi kami kerana ia menggabungkan tenaga-tenaga kreatif dan berpengalaman dalam industri perfileman tanah air.

“Saya harap, filem Proksi dapat memberi kepuasan berbeza kepada penonton dan merancakkan lagi industri filem tanah air,” katanya.

Filem Proksi adalah salah satu filem oleh Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah pergi meninggalkan kita.

proksi, ketengah genre ‘cyber thriller’, antara karya terakhir allahyarham ashraf sinclair

Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Jangan lupa saksikan filem cyber thriller padat dengan aksi, Proksi yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 18 November 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Sinopsis:

Proksi mengisahkan tentang penggodam elit Sam (Bront Palarae) bersama rakannya, Aman (Allahyarham Ashraf Sinclair) yang telah melarikan diri ke Bangkok. Tanpa pengetahuan Sam, Aman menggodam ‘platform keselamatan data’ yang dikenali sebagai MYSOIL dan bekerjasama dengan Elle (Sangeeta Krishnasamy) untuk menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai CARRIE di Bangkok. Dalam masa yang sama, Aman mencuri wang CARRIE. Seorang tentera upahan bernama Aqil (Remy Ishak) cuba mengesan dan mendapatkan kembali wang tersebut. Sam pula telah ditangkap dan disoal siasat oleh dua penyiasat, Roy (Faizal Hussein) dan Remy (Datuk Rosyam Nor). Sam berusaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data dan penyebaran "Berita Palsu" yang mampu membahayakan negara.