Aduh…ada lagi nampaknya yang degil. Tak kisah dengan denda dan rungutan ramai pasal langgar perintah kuarantin COVID-19.
Kali ni sepasang suami isteri kat Perlis kena tahan polis sebab bolos keluar dari kawasan PKPD!
Geram pun ada bila baca laporan mereka ni mengaku guna 'jalan tikus' sebab nak beli barang sebelum kena cekup dalam sekatan jalan raya.
Mereka jugak mengaku tanggalkan gelang kuarantin merah jambu dan sorokannya atas alasan alahan kulit.
Baru-baru ni kan dah keluar kenyataan Mufti Perlis yang cakap berdosa sengaja langgar arahan PKPD.
Yelah, bukan pasal hukuman je tapi membahayakan nyawa orang lain jugak sebab sikap pentingkan diri.
Rakyat Malaysia kan majoritinya ikut peraturan dan bijak pandai. Ikutlah arahan kerajaan. Kita cuma boleh menang perang ni kalau kita kawal sikap dan tak langgar SOP.
Kuncinya sabar dan patuh.
Oleh: KJ
Foto: AWANI & Kosmo