Polis Pakai Topi Keledar Berbentuk Virus COVID-19 Untuk Elak Orang Keluar Rumah

polis pakai topi keledar berbentuk virus covid-19 untuk elak orang keluar rumah

Dah macam-macam cara pihak berkuasa ni buat untuk memastikan semua orang berada di dalam rumah. Tapi, masih juga ada yang berdegil dan tak ambil endah. Malah, ada yang mengutuk tindakan ini pula.

Lain pula cerita di India di mana seorang pegawai polis memilih untuk memakai topi kaledar berbentuk imej mikroskopik virus COVID-19 ketika sedang menjalankan tugas. Rajesh Babu, merupakan seorang pegawai polis di Chennai, memakai topi tersebut supaya orang ramai sedar akan kepentingan berada di dalam rumah sepanjang perintah lockdown.

Dia akan memberhentikan orang awam yang berada di kawasan luar. Kemudian dia akan menceritakan kepada mereka betapa pentingnya penjarakan sosial, peralatan perlindungan.

"Jika anda keluar, saya akan masuk," katanya kepada orang awam.

Dikatakan topi kaledar tersebut direka oleh seorang artis bernama B. Gowtham. Dia mereka topi tersebut kerana orang awam masih kurang sedar akan virus ini yang sudah sampai ke tahap pandemic.

"Orang ramai tidak jaga kebersihan. Kerajaan perintahkan agar tidak keluar rumah tetapi masih ramai yang berkeliaran di sana sini tanpa peralatan keselamatan yang betul, tanpa topeng muka," kata Gowtham seperti dilapor CNN.

Katara Gowtham, orang awam tidak merasakan virus ini serius kerana mereka tidak dapat lihat dengan mata. Jadi, dia mengambil keputusan untuk ‘memperlihatkan’ virus tersebut kepada mereka.

Whoaaa kreatifnya!

Sumber: Astro Awani