Petua Hilangkan Tompok Panau

petua hilangkan tompok panau

Panau atau bahasa saintifiknya Tinea Versicolour merupakan tompok putih yang membuatkan wajah anda kelihatan tidak sekata.  Ia adalah jangkitan di lapisan luar kulit yang  disebabkan kulat jenis Malassezia.

Kulit yang terlalu berminyak, cuaca panas dan lembab, antibody yang lemah, banyak peluh, perubahan hormone, pengambilan ubat ubatan yang kerap seperti steroid dan kekurangan zat makanan adalah punca panau.

 Ini adalah petua untuk hilangkan panau. Jangan risau bahan bahan ini selamat digunakan kerana tidak mempunyai badan kimia yang boleh membahayakan.

  1. Potong seulas bawang putih dan sapukan pada kesan panau selepas mandi. Lakukannya setiap hari dan lihat perbezaannya. Panau akan hilang.

 

  1. Sapukan cuka epal di kawasan yang ada panau. Biarkan selama 30 min dan kemudian bilas dengan air. Amalkan petua ini setiap malam.

 

  1. Potong lengkuas, buang kulitnya dan cuci sehingga bersih. Kemudian sapukan pada kesan panau berlahan lahan. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air. Lakukan setiap hari dan nampak kesannya dalam tempoh 1-2 minggu.

 

  1. Potong lidah buaya dan sapukan lendirnya pada kesan panau. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas dengan air. Amalkan setiap hari.

 

  1. Halia sebesar jari di tumbuk lumat dan tempelkan pada bahagian kulit yang berpanau selama 02 minit. Amahalkan petua ini sehingga sembuh.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita